Blog

Kilang Jersi Sublimation Nombor 1 di Shah Alam

Team-Cetak-kilang-jersi-sublimation-shah-alam

Adakah anda sedang mencari kilang jersi sublimation yang dipercayai, menawarkan harga kompetitif serta produk berkualiti tinggi di Shah Alam?

Jika ya, anda berada di tempat yang tepat. Kilang kami diiktiraf sebagai salah satu kilang sublimasi terkemuka di Shah Alam, hasil daripada komitmen kami terhadap kualiti produk, kecekapan proses pengeluaran serta perkhidmatan pelanggan yang cemerlang kepada syarikat swasta, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), agensi kerajaan serta pelanggan individu di seluruh Malaysia.

Apa Itu Cetakan Sublimation?

Sublimation merupakan teknik pencetakan moden yang membolehkan reka bentuk grafik diserap secara langsung ke dalam fabrik, menghasilkan cetakan yang tahan lama, tidak mudah pudar dan memberikan keselesaan ketika dipakai.

Kaedah ini amat sesuai untuk penghasilan pakaian sukan, t-shirt korporat, pakaian berjenama serta pelbagai jenis pakaian lain. Melalui sublimation, warna dan corak menjadi sebahagian daripada serat kain itu sendiri dan bukannya sekadar melekat pada permukaan seperti teknik cetakan konvensional.

Proses Sublimation di Kilang Kami

Proses sublimation dijalankan dengan efisien menggunakan teknologi terkini, khusus untuk penghasilan pakaian sukan, pakaian korporat, serta pelbagai produk berasaskan kain poliester.

Kilang kami melaksanakan proses sublimation dengan penuh ketelitian dan kepakaran bagi memastikan setiap helaian fabrik yang dihasilkan memenuhi piawaian kualiti yang tertinggi.

1. Cetakan menggunakan kertas sublimation

Selepas reka bentuk dimuktamadkan, fail digital dihantar ke mesin cetak khas untuk mencetak atas kertas sublimation yang menyimpan dakwat sebelum dipindah ke fabrik. Kami menggunakan mesin cetak berteknologi tinggi untuk memastikan hasil cetakan yang jelas dan konsisten.

2. Proses Heat Press (pemindahan ke kain)

Langkah seterusnya ialah memindahkan design ke kain menggunakan mesin heat press. Kain microfiber atau polyester dipanaskan bersama kertas sublimation pada suhu sekitar 230°C, menyebabkan dakwat meresap ke dalam kain untuk hasil cetakan tahan lama dan selesa dipakai.

3. proses pemotongan menggunakan laser

Selepas cetakan dipindahkan, kain dipotong dengan mesin laser untuk hasil yang tepat dan kemas. Teknologi ini mengurangkan sisa kain, meningkatkan kecekapan dan memastikan potongan seragam.

6 Jenis Material Kain Sublimation

Material kain sublimation merupakan jenis fabrik yang direka khas untuk proses cetakan sublimation, di mana dakwat diserap secara langsung ke dalam serat kain, menghasilkan cetakan yang tahan lama dan berkualiti tinggi.

Pemilihan material kain yang sesuai adalah amat penting bagi memastikan hasil akhir yang optimum.

Berikut kami perkenalkan enam jenis material kain sublimation yang kerap digunakan di kilang kami:

  1. LYCRA – Microfiber Lycra ialah kain halus dan elastik yang memberikan keselesaan dan kebebasan bergerak, sesuai untuk pakaian sukan.
  2. DIAMOND – Microfiber Diamond ialah kain ringan dengan corak tenunan berbentuk berlian yang membantu pengudaraan, selesa dipakai dan sesuai untuk pakaian sukan.
  3. RJPK – Microfiber RJPK ialah kain microfiber yang lembut, ringan dan selesa dengan permukaan licin, sesuai untuk pakaian sukan dan aktiviti harian.
  4. EYELET – Microfiber Eyelet ialah kain ringan, cepat kering dan memiliki pengudaraan baik kerana struktur lubang kecilnya, menjadikannya sangat sesuai untuk pakaian sukan dan harian.
  5. PINDOT – Microfiber Pindot ialah kain halus dengan tekstur titik kecil yang memberikan keselesaan, ketahanan dan sesuai untuk pakaian sukan atau kasual.
  6. INTERLOCK – Microfiber Interlock ialah kain halus, licin dan tidak jarang dengan permukaan rata, menjadikannya pilihan tepat untuk pakaian sukan yang selesa dan tahan lama.

Kenapa Pilih Kilang Kami di Shah Alam?

kilang-jersi-shah-alam-selangor

Sebagai sebuah kilang sublimation yang berpengalaman, kami menawarkan lebih daripada sekadar perkhidmatan cetakan. Kami menyediakan solusi menyeluruh bagi memenuhi keperluan anda, bermula daripada rekaan grafik sehingga ke proses penghantaran tempahan. Antara kelebihan yang kami tawarkan adalah seperti berikut:

✅ Kepakaran Dalam Rekaan dan Penghasilan

Kami mempunyai pasukan pereka grafik yang berkemahiran tinggi serta team produksi berpengalaman. Setiap tempahan direka mengikut identiti jenama pelanggan, dengan ketelitian pada setiap perincian, bermula dari pemilihan warna, jenis fabrik hingga ke potongan baju.

✅ Mesin Cetakan dan Jahitan Berkualiti Industri

Kilang kami dilengkapi dengan mesin cetakan sublimation terkini serta peralatan jahitan industri yang menjamin ketepatan dan ketahanan produk. Kami memastikan bahawa setiap produk yang dihasilkan memenuhi piawaian industri dan harapan pelanggan.

✅ Tenaga Kerja Berpengalaman

Tenaga kerja kami terlatih dan berpengalaman, memastikan setiap produk dihasilkan dengan cekap dan efisien. Kami komited untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan kecekapan yang terbaik.

Hubungi Kami hari ini!

Jangan berlengah lagi. Sekiranya anda sedang mencari Kilang Sublimation Terunggul di Shah Alam, kami sedia memberikan khidmat bantuan secara menyeluruh dari awal hingga akhir. Di sinilah satu-satunya tempat untuk menyelesaikan segala keperluan anda.

Team-Cetak-kilang-jersi-sublimation-shah-alam

Lokasi Showroom Kami

KilangJersi.com @TEAM CETAK
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Pejabat

Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE

+6017-229 0224 (Sale Person)
+603-5523 6690 (Office)

kilang jersikilang jersi shah alamjersi sublimationsublimation

0 Komen

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang dipaparkan. Segala komen adalah sepenuhnya tanggungjawab individu yang menulisnya. Sila elakkan daripada meninggalkan komen yang bersifat spam, kasar, menyakitkan hati, lari daripada topik, atau melanggar undang-undang.

Tiada Komen.

Buat Komen

Alamat email anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga. Ruangan bertanda * adalah wajib diisi.
Sales Kilang Jersi

Hi, boleh saya bantu anda...?

Sales Team Offline
1